Monday 22 October 2012

bisikan sang bayu


angin...
sampaikanlah bicara rinduku padanya...
biar dia tahu bahawa dirinya sentiasa dikenangi
andai terbit rasa rindu dalam hati
pasti akan ku pandang bulan
yang menjadi saksi persahabatan kita...
walaupun aku tidak pasti hubungan kita
tapi....
sejujurnya aku amat merinduimu
andai bisa diulang waktu
inginku meluangkan masa denganmu...
tapi apakan daya....
masa tidak bisa diputarkan kembali
kini ku sedar kau amat penting dalam hidupku
sama ada kau hadir sebagai teman atau kekasih
kau tetap berada di carta hatiku....

Wednesday 17 October 2012

sang pencinta

cinta...
kenapa perit sekali?
di saat aku mula sandarkan sepenuh harapan
kau pula tega meninggalkan...
mungkin aku yang bersalah
kau telah lama menantikanku
terlalu lama...
tapi ku biarkan cintamu sepi tanpa jawapan
buat niatku berbuat demikian..
aku cuma masih mencari jawapan
apakah benar aku mampu menerima cintamu..

tatkala aku mula mencintaimu..
kau pula biarkan diriku terkapai-kapai
mungkin benar ini rasanya cinta
perit...
walaupun kecewa mengundang di hati
tapi aku harap kau akan terus bahagia disisinya...
mungkin aku terlambat untuk mengatakan bahawa....
aku sangat mencintaimu...

Monday 1 October 2012

hatik kuk

kau de inik
dalam hatik kuk
kuk engak nak licam
tapi...
biar kuk lupak ke kau
zupak kau
katak kau
tetap kuk terdengar-dengar
tetap kuk teringat-ingat
hik kian le
kuk zasak pedih
hatik kuk dah tezuk
banyak kali kuk terdengar
hik dengan uzang lain
tapi kuk buat tak nahuk
kuk dengan kuk
yang hanyak adak kau
sampai lamak