Friday 13 July 2012

kelipan nusantri

manis senyuman mereka
terpahat getar bahagia
dalam kalbu tergulung
rasa debar julang jaya

hanya seorang pengilmu
mengajar dan mendidik
anak-anak darjahnya
15 puteri rupawan
6 putera yang tampan
mendengar dan menjejak
ajaran untuk kemuncak masa depan

biar curam puncak itu
mereka tetap cekal
putus asa bukan alasan utama
datanglah ribut petir
ilmu berharga dimana-mana
tetap dicari biarpun menjauh

gulunglah warkah jaya
kerana itu matlamat pertama
berusaha, berusaha dan terus berusaha
6R1 pasti berjaya...

No comments:

Post a Comment