Friday 13 July 2012

pergolakan aspuri

sahabat...
kita berada di bawah satu bumbung
berkongsi rasa dan masalah
walaupun kita berbeza umur
tetapi kita tetap erat

adikku...
kadang kala ku lihat bersedih
ingin ku kesat air matamu
tetapi apa dayaku
aku hanya mampu berdoa

kakakku...
kau merupakan pelindung kami di sini
kau merupakan sandaran buat kami
andai masalah terjadi
kau orang pertama yang akan kami cari

aspuri...
walaupun kita datang dari serata tempat
tetapi kita tetap bersatu hati
kerana di sini wujudnya
ikatan kekeluargaan....

No comments:

Post a Comment